Assalamualaikum,
Rasanya masih belum terlambat lagi kan nak ucap Selamat Hari Raya. Anyway, sebenarnya dah lama dah nak update blog, tapi mood tu belum sampai lagi. Ni haa baru je mood dan semangat nak menaip ni tiba.
So now, nak cerita sikit laa cerita raya saya tahun ni. Sebenarnya, sama je raya tiap2 tahun, yang bezanya tahun ni ada anak buah. Tu yang lain tu. First time raya dengan anak buah & abang ipar. Seronok sikit lah tahun ni. So, balik kampung sehari sebelum raya, sempat la kemas rumah kampung tu sikit2. Yela, kampung tu siapa je yang duduk. Nasib baik ada kawan arwah pak teh yang sudi jaga rumah tu. Kalau tak, taktau laa apa yang jadi. Sebenarnya, kampung saya ni seronok sangat. Macam2 binatang ada. Kadang2 rasa macam zoo pun ada. Ada kambing, kamping biri2, itik, angsa, ayam dan macam2 lagi laa. Tu semua cousin punya. Dia yang bela & jual semua binatang2 tu. Seronok tau. Takde laa tengok orang je kat kampung tu. Terasa laa duduk macam kat kampung. Nanti gambar akan di-update.
Raya 1
Ni laa gambar raya pertama. Biasa lah, tiap2 tahun mesti sama je. Wajib tangkap gambar. Tahun ni je lain. Ada budak kecik kat tengah tu. Teka saya yang mana? Hihi yang tengah tu pakai baju pink ;)
Pagi raya, biasalah bangun pagi, lepas sembahyang subuh, semua makan pagi dulu. Macam2 la juadah hari raya pagi raya tu. Rendang daging, rendang ayam, nasi impit, kuah kacang yang paling penting Lemang yang kitorang buat sendiri tau. Takde beli2. Seronok je buat lemang sama2 ramai2. Boleh kata terasa la suasana raya tu. Tapi lagi best masa arwah atuk ngan wan ada dulu. Itu lagi la meriah. Siap pasang lampu pelita bagai. Lepas makan tu, salam2 mintak ampun dengan mama & ayah. Yang paling penting mintak duit raya laa. Hehe gurau2. Tapi yang malangnya, duit raya tu boleh pulak tertinggal kat rumah KL. Sabar jelah. Baru nak shopping beli baju kat bahau. Huuuu . Lepas tu, pegi laa sembahyang raya. Tapi, saya tak pegi. Hehe ;D Lepas je balik sembahyang raya, kitorang pegi melawat kubur pulak. Tak jauh mana pun kawasan perkuburan tu. Dalam 10 minit je sampai. Lepas melawat kubur, kitorang pegi laa jalan ray dekat rumah sedara mara yang dekat2. Tapi dah tak ramai. Atuk nenek sedara semua ramai dah meninggal. Tinggal sorang dua atuk nenek yang ada.
Raya 2
Raya kedua, kitorang balik rembau pulak. Ala rembau most wanted. Haha. Yang ni balik kampung belah ayah pulak. Tak jauh pun dari kampung mama kat batu kikir tu. Dalam setengah jam je perjalanan. Tiap2 tahun mcm tu laa. Raya kedua je balik rembau. Kat kampung ayah, lagi laa take apa2. Rumah kampung pun takde orang duduk. Terbiar la kosong macam tu lepas arwah makcik meninggal. Balik je terus melawat kubur atuk nenek & makcik belah ayah. Then, melawat sedara mara kat situ. Macam tu laa aktiviti raya saya tahun ni.
Thanks for reading my blog. Have a nice day.
Much love,
azaliazahari