Friday, March 21, 2014

Mainan mimpi ?


Ehsan gambar dari Mr.Google/Blog En.Naim


Assalamualaikum dear friends,

Salam jumaat semua. Penghulu segala hari. Hari ni pada tarikh 21 Mac 2014 adalah tarikh post yang pertama pada tahun 2014. Punya lah lama tak update. Haha dah berhabuk sawang semua lekat dahh.

Anyway, sebab sebenar kenapa update ni sebab dah taktau nak luahkan kat mana. So, kat sini lah tempat yang dipilih ;)

So sekarang nak cerita pasal mimpi. Apa maksud mimpi sebenarnya ? Mainan tido atau petunjuk ? Hanya Allah SWT yang tahu. Kita cuma boleh mengagak saja. Tapi yang peliknya, aku mimpi orang yang sama lah kot lebih pada 3 kali. Apa maksudnya haa ? Puas aku fikir. Yang peliknya mimpi orang ni secara berperingkat2.

Taktau nak story macamana dah. Aku boleh fikir yang ni semua pelik ? Tanda soal melayang-layang kat kepala ni. Segan sebenarnya nak cerita. Tapi kan selalunya lepas kita mimpi, then bila bangkit dari tido mesti kita tak ingat 100% apa yang kita mimpi sebenarnya. Kita cuma tau ianya mimpi baik atau buruk. Tapi dalam kes aku, mimpi kali yang ketiga dan keempat je aku ingat. Yang dulu2 aku tak ingat. Sebab dah lama kot jadi. Selalu dengar orang ckp apa2 yang terjadi lebih kepada 3 kali, mungkin ianya jadi kenyataan. Entah laa aku pun taktau.

Takpe lah, sekurang-kurangnya mimpi aku tu bukan mimpi buruk. Alhamdulillah. Tapi takut jugak , orang kata kalau mimpi baik dalam tido, realitinya sebenarnya benda yang buruk. Entah lah. Aku berserah je kepada yang MAHA ESA.

Okay, sampai sini saja celoteh yang tak berapa nak panjang ni. Assalamualaikum :)



No comments:

Post a Comment