Friday, November 27, 2015

Realiti seorang bekas graduan.





Saya seorang insan yang biasa. Berumur 23 tahun dan lepasan diploma yang sudah hampir 2 tahun graduated. Apabila kita sudah menjadi 'fresh graduate' , ingatkan senang apabila mencari kerja dengan segulung diploma di dalam tangan. Rupanya, lain yang difikir, lain rupanya yang jadi.

Dalam dunia realiti sekarang, para-para majikan hanya memandang pada pengalaman kerja. Tidak semua syarikat melihat sampai peringkat mana tahap akademik kita. Jadi, apa guna kita menyambung pelajaran sampai peringkat diploma, ijazah dan sebagainya ? Bagi mereka, diploma dan ijazah tidak mencukupi berbanding dengan lepasan SPM yang terus bekerja. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai pengalaman kerja. Kita ?

Apabila ditanya "  Selama kita hidup, mesti ada satu benda yang kita menyesal apabila melakukannya" . Jawapan aku ialah, " Aku menyesal sambung belajar " .Ya, ini jawapan aku. Dan bukan sahaja aku, rupanya seorang dari kawan rapat aku jugak menyatakan benda yang sama. Padahal dia lagi lah. Sambung belajar sampai ke peringkat ijazah dan juga pernah menyambung sampai STPM. Umur dia sebaya dengan aku.

Dan bila aku berjumpa dengan budak-budak yang baru habis SPM, aku akan cakap," tak payah la kau sambung belajar, kau kerja cari pengalaman dulu. Tapi kalau kau nak sambung jugak, kau kerja dulu at least 2 tahun. Janji kau ada pengalaman kerja. Besok senang kau dapat kerja."

INI REALITI .

No comments:

Post a Comment